10 March 2008

KITA SEMUA HARUS BERDIRI TEGUH MENYOKONG PAK LAH

Banyak faktor menyebabkan kerusi BN kurang dari dua pertiga dalam Parlimen dan tumbang kepada pembangkang di Dewan-dewan negeri Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Tidak boleh salahkan Pak Lah seorang sahaja. Kita sebagai ahli UMNO sepatutnya berdiri seratus peratus menyokong kepimpinan Pak Lah. Kepimpinan Pak Lah masih diperlukan lagi.


Tetapi setengah pemimpin-pemimpin negeri golongan muda banyak mencentas pesaing-pesaing politik mereka yang lebih berpengalaman sehingga tanpa disedari telah melemahkan parti. Banyak pemimpin yang berwibawa dan berkebolehan telah digugurkan kononnya atas sebab untuk memberi laluan kepada orang muda. Di DUN kawasan Bukit Antarabangsa, Selangor contohnya seorang Ketua Puteri yang baru aktif dalam UMNO untuk beberapa tahun sahaja telah diletakkan sebagai calun melawan Azmin. Beliau tidak dapat mematahkan isu-su yang ditimbulkan oleh pembangkang (sekarang anggota kerajaan baru Selangor) Kepimpinan BN negeri juga terkenal dengan sombong dan angkukhnya.

Ingat isu 'Penyapu' yang banyak menimbulkan kemarahan pegawai dan kakitangan kerajaan di Lembah Klang malah di seluruh negara.

Juga mengenai isu merobohkan kuil di Kampung Jawa dua minggu sebelum Deepavali beberapa bulan dahulu. Inilah antara penyebab yang menimbulkan kemarahan kaum India dan timbul dan menyemakkan perjuangan Hindraf dan mulanya orang India tidak menyokong BN.


Takkan semua kesilapan ini nak diletakkan bulat-bulat ke bahu Pak Lah seorang saja?

Tetapi sesuatu harus dilakukan kepada pemimpin-pemimpin negeri yang sombong dan angkuh ini. Merekalah perosak kekuatan parti UMNO sehingga hilang kuasa orang Melayu memerintah negeri.

Mengenai Tun Mahathir bukanlah saya tidak menghormati beliau. Jasanya banyak kepada UMNO dan orang Melayu. Sebagai maknusia biasa dia ada juga kelemahannya. Desakan beliau suruh Pak Lah letak jawatan adalah pada saya amat tidak adil.

Dulu pada tahun 1969 dia kata dia tidak memerlukan undi orang Cina di Kota Star lalu dia pun kalah. Kemudian dia suruh Tunku letak jawatan sebagai PM. Masa dia Timbalan Perdana Menteri dia banyak undermine Tun Hussein Onn. Sulaiman Palestin telah mencabar Hussein sebagai Presiden UMNO dan akibat Tun Hussein telah dimalukan dan kemudiannya telah meletakkan jawatannya sebagai PM.

Pada zaman Tun memerintah Malaysia, BN pernah juga kalah teruk iaitu pada Pilihan Raya 10 tahun 1999 oleh sebab isu Anwar Ibrahim yang telah disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan PM. Akibatnya dalam PRU 10 tersebut UMNO telah kalah teruk. Tapi tidak pula ada sesiapa yang mendesak Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM. Pak Lah sebagai Timbalan PM pada masa itu berdiri teguh di belakang Tun dengan setianya.

Dalam zaman Pak Lah memegang jawatan PM, Tun Mahathir telah banyak kali mengkritik Pak Lah secara terbuka yang telah undermine kedudukan Pak Lah. Katanya ia silap melantik Pak Lah sebagai PM. Ia memberi ceramah di Kelantan dan tempat-tempat lain yang turut dihadhiri oleh pihak pembangkang dan membantai dan memperkecilkan Pak Lah. Pembangkang telah mengunakan Tun untuk menyerang UMNO dan BN.

Ini semua cara Tun dari zaman Tunku dulu lagi. Sekarang ini beliau suruh pula Pak Lah letakkan jawatan sebagai PM. Ini kita sebagai ahli parti tidak dapat terima.


Kita semua mesti berdiri teguh di belakang Pak Lah sebagai Presiden UMNO dan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Apa-apa kelemahan dalaman parti harus kita perbetulkan. Kita perkuatkan iltizam supaya parti bangkit semula.

Kita lihat misalnya negeri Trengganu yang telah jatuh ke tangan PAS pada PRU 10 tahun 1999 dahulu dalam gelombang hijau dan isu Anwar yang panas waktu itu. Tapi pada tahun 2004 dalam PRU 11 negeri itu balik semula ke tangan BN dalam gelombang biru dan permulaan pentadbiran Pak Lah. BN masih dapat bertahan di Trengganu dalam PRU 12 baru-baru walaupun Presiden PAS berada di negeri tersebut.

Berpandukan di atas tidak mustahil jika dengan perubahan-perubahan yang akan dilakukan dalam UMNO dan BN selepas post mortemnya nanti, negeri-negeri Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang akan kembali diperintah oleh BN. Sebenarnya bukan pembangkang yang kuat tapi UMNO dan BN yang lemah.

Mari juga kita lihat bagaiman pihak parti pembangkang DAP/PKR/PAS memerintah negeri yang mereka tawan dan tindak-tanduk mereka. Kemungkinan besar mereka akan ada masalah antara mereka kerana kerajaan mereka adalah kerajaan berlandaskan satu pakatan dari satu marriage of convenience. Soalan besar bolehkah DAP dan PAS sama memerintah Perak. Apa jadi dengan Fatwa Hadi Awang satu masa dulu yang mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC? Adakah ahli PAS di Perak dan Selangor juga kafir berlandaskan fatwa tersebut? Atau adakah fatwa tersebut telah dilupakan atas keperluan politik?

Tidak mustahil kerajaan campuran mereka tidak dapat bertahan lama.

Sama-samalah kita tengok dan lihat.

2 comments:

Anonymous said...

Dato',
BN tidak kalah pada 1999.
BN hanya hilang undi dari orang melayu sahaja pada masa tersebut kerana isu anwar.
Tapi pada 2008, Melayu, Cina dan India secara jelas menolak BN!
UMNO kalah bukan kerana banyaknya pembangkang, tetapi kerana ahli sendiri yang tak sanggup melihat UMNO dipimpin oleh Pak Lah.
-Ahli UMNO Kedah-

Anonymous said...

Tun Dr. Mahathir sendiri sewaktu pentadbirannya dikritik, dalam bahasa orang putih dengan izin 'left, right and centre'. Apa yang membuat membuatkan Pak Lah lebih istimewa hingga tidak boleh dikritik langsung. Tun mengkritik Pak Lah secara bertanggungjawab, tidak seperti pembangkang yang kritikan mereka diselit dengan fitnah.