30 October 2008

2 NAMA ISI JAWATAN PENGURUS BESAR PKNS

Kerajaan PR Selangor hendaklah lebih peka mengenai perasaan orang Melayu. Apakah matlamat perjuangan Kerajaan PR Selangor yang dipimpin oleh seorang Melayu ? Beliau pula telah lama berkhidmat di PNB dan telah mendapat mendapat banyak banuan dari Dasar Ekonomi Baru untuk peruntukan saham Guthrie yang banyak jumlah dan nilainya. Kadang2 kita lupa sejarah diri kita tapi orang Melayu lain tidak lupa. Seeloknya kita bermuhasabah dan perlu tanya apa matlamat parti kita dan tindakan kita? Menguntungkan Melayu atau pun sebaliknya?


SHAH ALAM: Pas Selangor akan mengemukakan dua nama daripada kalangan tokoh korporat bagi mengisi jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad, berkata pemilihan dibuat berdasarkan pengalaman serta latar belakang yang dimiliki oleh dua individu berkenaan tetapi beliau enggan menyatakan nama mereka.

"Namun, kedua-dua calon untuk mengisi jawatan itu adalah Bumiputera dan individu berkenaan tidak semestinya pegawai daripada PKNS," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.


Semalam, Pas Selangor mahu mencadangkan beberapa nama calon kepada Abdul Khalid untuk dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar itu.


Pas membuat cadangan itu ekoran keputusan Abdul Khalid melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi sebagai pemangku jawatan itu yang membangkitkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak, termasuk kakitangan PKNS sendiri yang membantah supaya jawatan itu diisi seorang Bumiputera yang layak.

Pelantikan Low itu dikatakan lari daripada matlamat asal penubuhan PKNS untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi Bumiputera di Selangor. - Bernama

No comments: