21 October 2008

GGMM BUAT LAPORAN POLIS BERHUBONG KENYATAAN LIAN HOE


KUALA LUMPUR 21 Okt. - Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) membuat laporan polis berhubung kenyataan sensitif Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.

Presiden Penaja GGMM, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, kenyataan Lian Hoe yang menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India negara ini dilihat cuba menghasut serta merosakkan perpaduan antara kaum.

“Kenyataannya (Lian Hoe) membawa maksud seolah-olah asal usul kaum-kaum di negara ini adalah sama serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.

“Persoalan tersebut yang ditimbulkan oleh Lian Hoe dilihat sebagai cubaan menghasut supaya orang lain mempertikaikan hak keistimewaan kaum lain,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Pudu di sini hari ini. - Utusan

1 comment:

Unknown said...

baik baik wooo.. Nanti teresa kok dengar, dia pun mau sama sama saman woo..