18 February 2008

AHLI PARLIMEN BATU GAJAH UMUM TIDAK BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA

17/02/2008 5:17pm-Utusan Malaysia

BATU GAJAH 17 Feb. – Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan yang mewakili DAP hari ini membuat keputusan mengejut untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Po Kuan, 35, yang telah dua penggal menjadi Ahli Parlimen Batu Gajah tidak menyatakan secara jelas sebab-sebab beliau berbuat demikian.

Bagaimanapun, beliau dikatakan kecil hati dengan desas desus yang mengatakan namanya akan dicalonkan untuk bertanding mewakili DAP di Johor.

Po Kuan mula bertanding di Batu Gajah pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen termuda pada usia 26 tahun.

Cuma persoalannya samada ia permainanan wayang kulit atau sememangnya betul? Kalau betul ia menunjukkan masalah berat dalam DAP Perak kerana Fong Po Kuan adalah seorang pemimpin pelapis parti itu. Kita tunggulah nanti pada hari penamaan calun pada 28.2.08 untuk tahu keadaan sebenar.



No comments: