|
25 Februari 2008
KATA DULANG PAKU SERPIH
AWANG Adek Hussin, bakal MB Kelantan jika BN menang di negeri itu, menjadi sasaran serangan awal Pas kerana bertanding di dua kerusi - DUN dan Parlimen. Beliau dituduh tamak.
Serangan Pas makan tuan, ibarat boomerang yang dibaling melayang balik ke muka pembaling.
Jawapan pihak UMNO mudah sahaja. Presiden Pas Haji Hadi Awang apa kurangnya. Pada PRU 1999 dan PRU 2004, Haji Hadi juga bertanding di dua kerusi macam Awang Adek.
Inilah gara-gara bercakap tanpa berfikir. Main lepas sahaja. Kata dulang paku serepih, mengata orang awak yang lebih.
Dalam pilihan raya, banyak penceramah yang bercakap tanpa berfikir. Ikut sedap mulut sahaja tanpa memikirkan kesannya, sama ada menguntungkan atau merugikan calon dan parti.
Ada peribahasa Melayu mengenai bab ini. Sokong membawa rebah. Nampak gayanya, bilik gerakan jentera pilihan raya kenalah bagi taklimat kepada para penceramah dan tukang kempen supaya sokong tidak membawa rebah.
BADRUL MENANTU SAUDARA ANWAR
Siapa dia calon PKR ini? Apa fasal beliau marah sangat dengan menantu Pak Lah. Lalu Abang Mat bertanya kepada seorang rakan dari Negeri Sembilan.
Menurut si rakan itu, Badrul dilahirkan di Negeri Sembilan, macam Khairy juga. Dia anggota Exco Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, di samping menjadi pegawai penerangan Gerak (NGO yang ditubuhkan Ezam, bekas Ketua Pemuda PKR).
Badrul di kalangan ahli-ahli PKR juga dikenali sebagai Cikgu Badrul kerana beliau pernah mengajar. Dia mempunyai ijazah sarjana dalam bidang politik yang diperoleh dari sebuah universiti di Korea Selatan.
Menurut rakan Abang Mat itu, Badrul berkahwin dengan anak kakak Anwar Ibrahim.
Oooh..oooh! Patutlah dia sangat memusuhi Khairy. Menantu saudara Anwar mahu lawan menantu Pak Lah.
Takdirnya...takdirnya Anwar suatu hari jadi PM, Badrul akan menjadi pelapis yang akan mengisi jawatan PM selepas Anwar. Sebab itulah dia mahu gasak Khairy habis-habisan daripada sekarang.
Dalam perkiraan Badrul, Khairy adalah penghalang Anwar untuk menjadi PM pada masa akan datang, selain Najib TPM. Jika Anwar terhalang, masa depan Badrul juga terhalang. Elok ditentang habis-habisan mulai sekarang.
Kemungkinan juga Anwar telah memperalatkan Badrul sebagai `senapang’ untuk menembak Khairy. Jika Anwar boleh menjadikan isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah calon proksi di Permatang Pauh dan Lembah Pantai, apa salahnya menggunakan menantu saudara jadi senapang untuk menyerang Khairy. – malaysiaaktif.com
No comments:
Post a Comment