28 February 2008

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Utusan Online

AWANG masih ingat kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini agar pemimpin dan ahli parti itu tidak keterlaluan dan jangan melakukan serangan peribadi dalam kempen pilihan raya.

Tidak sampai seminggu, Menteri Besar Kelantan itu sendiri menghina sesama umat Islam dengan melabelkan ahli UMNO sebagai orang utan.

Semalam, Presiden Pas, Hadi Awang pula menyatakan bahawa calon Pas dibenarkan mengumpat dan memburukkan lawan.

Seperti biasa, Hadi mahupun Nik Aziz memberi justifikasi berdasarkan tafsiran agama mengikut fahaman politik Pas, yang ternyata mengelirukan umat Islam.

Persoalannya, apakah mereka dilanda sindrom kecelaruan dan keceluparan atau sememangnya sengaja berbuat demikian?

Rasanya bukan sahaja ramai orang Islam sedih dan tidak selesa dengan tutur kata mereka. Malah sebahagian ahli Pas turut bimbang kesannya nanti kepada peluang Pas dalam pilihan raya kali ini.

Maka Awang berpendapat lebih baik Hadi dan Nik Aziz kurang bercakap. Lagi banyak mereka bercakap, lebih banyak mereka melakukan kesilapan, yang akhirnya merugikan Pas.

Awang – Elak silap pilih.

No comments: