3 February 2008

BETUL KAH ORANG MELAYU MEMPUNYAI PERASAAN RENDAH DIRI?

Bekas Timbalan Perdana Tun Musa Hitam semasa berucap di Hari Alumni Universiti Malaya menyatakan bahawa Malaysia dibawah kepimpinan sekarang telah memberikan kebebesan bersuara dan berbicara yang meluas jika dibandingkan dengan pentadbiran sebelum ini. Kebebesan ini banyak di rasai oleh kelas menengah melalui antara lainnya menulis blog secara bebas di alam siber. Sekarang juga terdapat demonstrasi-demonstrasi berlaku tanpa permit. Berita ini keluar dalam akhbar-akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia hari ini (3hb Februari 2008) memetik Agensi Berita Nasional (Bernama).

Tapi apa yang menarik perhatian saya ialah pendapat Tun Musa selanjutnya iaitu mengenai perasaan rendah diri dikalangan orang Melayu yang menjadi tajuk komentar saya kali ini. Dan juga pandangan Tun supaya orang Bukan Melayu tidak mengalakkan orang Melayu untuk merasa rendah diri.

Perasaan rendah diri ini selalunya dikaitkan dengan sifat kurang keyakinan diri atau tidak boleh bertindak atas keupayaan sendiri. Saya tidak tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan Tun ini kerana mungkin saya lebih muda dan mungkin juga kurang pengalaman berbanding dengan beliau. Jadi secara umum mungkin kita kurang nampak dimana kebenaran pendapat beliau itu. Walaubagaimana pun elok juga kita kaji beberapa golongan dalam masyarakat Melayu untuk mencari samada betul atau tidak kenyataan Tun Musa.

Dikalangan golongan profesion tidak terdapat rasa rendah diri langsung. Banyak rakan-rakan saya dari kalangan doktor, jurutera, arkitek dan lain-lainnya tidak menunjukkan apa-apa perasaan kurang keyakinan diri. Terutama mereka yang ada syarikat sendiri seperti klinik, konsultansi samada arkitek, kejuruteraan, jurukur, surveyor tanah dan sebagainya perasaan mereka begitu penuh keyakinan.

Golongan pegawai Melayu dalam perkhidamatan kerajaan rasanya tidak merasa rendah diri. Mereka mempunyai kuasa yang ada pada jawatan dan pangkat mereka. Tapi kuasa mereka ada peraturan dan 'check and balance'nya. Kalau mereka menerima rasuah atau salah guna kuasa mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dan juga penyiasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). Tapi ini masaalah yang lain pula yang adalah diluar tajuk kita.

Di kalangan pegawai Melayu yang bertugas di sektor swasta seperti syarikat-syarikat korporat, perbankan dan multinasional pada penglihatan saya tidak ada rasa rendah diri. Saya sendiri pernah bertugas di sebuah bank tempatan yang antara yang terbesar pada masa itu dari segi asetnya.

Mungkinkah yang dimaksudkan oleh Tun Musa ialah golongan usahawan Melayu. Terutamanya mereka dari golongan yang bukan profesional. Mereka ini lebih bersifat pelobi yang tidak ada apa-apa kemahiran. Kekuatan mereka hanyalah kaitan dengan setengah pemimpin politik. Selalunya mereka ini akan menjual perojek yang mereka dapat.

Maka timbullah masalah keteresan yang selalu diperkatakan oleh masyarakat Melayu. Pada hemat saya masa depan keusahawan Melayu bergantung kepada golongan profesional sebagai asas kumpulan usahawan bangsa kita. Kerajaan telah menyedari hal ini. Ia sudah, misalnya, sudah pun memperkenalkan usahawan siswa tani dimana siswazah dilatih menjadi usahawan dalam lapangan pertanian. Begitu juga dengan sektor-sektor lain. Banyak program usahawan yang dianjur mengalakkan siswazah-siswazah untuk berkecimpong sebagai usahawan. Seseorang usahawan itu mesti terdiri dari mereka yang memiliki ilmu pengetahuan.

Kepada mereka yang tidak ada pengetahuan apakah yang akan mereka buat bila dapat sesuatu perojek? Tentu sahaja mereka tidak boleh 'create something out of nothing'. Jadi jalan yang paling senang kepada mereka ialah menjadi 'rent seekers' dan 'commision agents'. Mungkin puak inilah yang Tun Musa maksudkan mengenai orang Melayu yang merasa rendah diri.

Satu cara mengatasi masalah ini ialah supaya semua aktiviti golongan ini didedahkan kepada semua masyarakat walaupun mereka ini terdiri dari orang yang kaya raya. Mereka ini bukan wira yang harus jadi ikon kepada orang Melayu. Mereka adalah petualang yang telah lama merosakkan dan memalukan nama baik dan maruah bangsa Melayu dimata masyarakat lain.



No comments: