21 February 2008

BN SELANGOR UMUM CALON JUMAAT INI

20/02/2008 3:50pm-Utusan Malaysia
SHAH ALAM 20 Feb. _ Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo akan mengumumkan senarai calon parti itu yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Jumaat ini.

Beliau berkata, daripada senarai itu, sebanyak 90 peratus telah diluluskan oleh Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam, manakala 10 peratus lagi akan ditentukan esok setelah dibuat penelitian semula termasuk sokongan pengundi di kawasan masing-masing.

Pada hari Sabtu ini, kesemua calon yang layak akan diperkenalkan kepada pengundi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Pada pilihan raya umum kali ini, sebanyak 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN dipertandingkan termasuk di negeri itu.

No comments: