16 February 2008

TINDAKAN UNDANG-UNDANG KEATAS HINDRAF DAN LIMA PEMIMPIN UTAMANYA

Saya menyokong penuh jika badan NGO-NGO Melayu mengambil tindakan undang terhadap Hindraf dan lima pemimpinnya kerana memberi gambaran buruk kepada negara. Antara lain kononnya berlaku pembunuhan beramai-ramai orang keturunan India di Malaysia. Juga dasar kerajaan meminggirkan masyarakat ini. Walhal kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk pendidikan dan sekolah aliran India dan juga perojek lain untuk kemajuan kaum tersebut.

Tidak di tonjolkan oleh Hindraf bahawa jumlah dan peratus golongan profesional kaum India seperti doktor, jurutera, peguam jauh lebih besar dari peratusan mereka dalam kependudukan Malaysia. Juga tidak dinyatakan bahawa antara orang terkaya di Malaysia ialah Ananda Krishnan seorang India. Ini terang sekali satu cubaan untuk memutarbelitkan fakta sebenar keadaan di Malaysia.

Isu politik kita serahkan kepada parti politik. Isu samada Samy Vellu harus berundur bukan isu kita. Itu isu dalaman kaum India.

Tapi yang memberi kesan kepada maruah orang Melayu ialah fitnah-fitnah diatas yang telah disebarkan dengan meluas oleh Hindraf diserata dunia tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Ia hendaklah ditangani oleh NGO-NGO Melayu dengan tegas. Kita akan kelihatan bacul kalau tiada apa tindakan diambil. Ia melibatkan maruah kita sebagai bangsa majoriti di negara ini yang tidak boleh sesekali dikotak-katikkan oleh mana-mana pihak tanpa menerima padahnya.

Jangan kita biarkan gejala 'diberi betis hendak peha pula' ini berterusan hingga menjadi berleluasa dan tidak terkawal pula nanti.

No comments: